Tuesday, November 10, 2009

di kelas

Bismillahirrahmanirrahim


Uhuhu, 1st time tulis article di luar bilik atau di luar rumah. Perasaannya sangat berbeza. Jika di rumah kita sesuka hati menulis, di sini [dalam computer lab di A5], kita tidak boleh tulis dengan 'spontaneous'. Bagi sayalah. Kenapa? Dengan keadaan yang bising, dan masa yang terhad, tiada kebebasan.


Betapa kita suka akan kebebasan.


Dengan kebebasan, kita mampu melakukan apa sahaja.

Dan terdapat seorang sahabat yang baru-baru ini mengeluarkan kata-kata yang berasal dari seorang manusia yang bernama Clarrence Darrow.."kebebasan itu berasal dari manusia, tidak dari undang-undang atau institusi..."

Maka tidak benarlah kalau kita katakan kita tidak bebas, kerana apabila kita berkata begitu, maka kita sendiri yang tidak membebaskan diri kita. Kita yang mengurungkan diri kita, kita yang mengongkong diri kita. Itulah yang dikatakan penjara minda,betul?

So, if that is true, why do we limit ourselves with our own rules?

Kerana undang-undang itu perlu, pada pendapat saya. In my opinion, the present rules, especially one given by Allah, is set, to remind us, that we are human, and human has animal instinct, and we tend to act like animals.

Dan, manusia juga, mereka MUDAH LUPA.

Begitu senang kita melupakan bahawa kita hanyalah makhluk hina yang dicipta dan hanyalah penghuni sementara dunia ini.

Lupa kita akan kebaikan makhluk lain kepada kita.

Lupa kita kepada kasih seorang ibu dan ayah.

Kita lupa akan kehadiran kasih dan sayang Pencipta kita terhadap kita....

Maka kita hilang kawalan, hilang kewarasan, dan hilang kemanusiaan. Kalau kita bukan lagi manusia, kita jadi apa? Haiwan? Begitulah kitaran hidup...

ps: akan bersambung...

Sunday, November 1, 2009

"Unwritten"

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak share sikit lirik lagu yang suka dengar baru-baru ini.

I am unwritten, can't read my mind, i'm undefined
I'm just beginning, the pen's in my hand, ending unplanned

Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find

Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions
Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else, no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins
The rest is still unwritten

I break tradition, sometimes my tries, are outside the lines
We've been conditioned to not make mistakes, but i can'tlive that way

Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate tthe words that you could not find

Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions
feel the rain on your skin
No one else can feel it for yu
Only you can let it in
No one else, no one else
can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
todday is where your book begins
The rest is still unwritten...

Terkadang diri kita terperangkap di dalam satu situasi atau paradigm yang membingungkan, dan kita cuma perlukan sesorang untuk memberitahu untuk menjadi diri kita sendiri.

Marilah sama-sama kita bangun dan melangkah dengan teguh, untuk meraih keredhaanNya.

Ps: tengah bingung nak tulis apa....

Wednesday, October 14, 2009

perkiraan

Bismillahirrahmanirrahim

Aku bersangka, semoga sangkaan ku baik.

Aku takut, takut ketika aku berjalan, kaki ku terkeluar sedikit dari landasan. Fuh, bahaya, bahaya. Nanti kena langgar dengan kereta api pula. Ya Allah, tetapkanlah kami di jalanMu, agar kami dapat menggapai keredhaanMu, ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Minggu lepas kami seusrah membincangkan topik niat. Niat yang sangat bersangkut-paut dengan hati. Ah, hati, yang mudah untuk dibolak-balikkan, semoga tidak di terbalikkan dari aqidah yang satu.

Hehe, saya sebagai wanita, [walaupun segan untuk mengaku], tidak kan lepas untuk melihat ia dari segi 'romantik'. Kerana ia bermain dengan hati. Dan hati itu pasti beremosi. Tercatat sudah ia sebagai hadith yang pertama di dalam hadith 40.

Kepentingannya? Penting seperti kita memerlukan oksigen, seperti kita memerlukan air untuk mandi, dan kita memerlukan makanan untuk berasa kenyang.

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, tahu Dia apa yang kita mahu, tahunya Dia, kenapa kita bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Dengan asbab yang terselit malu di dalam hati kita, Dia menganugerahkan kita hasil-hasil yang bersesuaian.

Contoh?

Nadia [bukan nama atau orang sebenar] membaca buku kerana ingin mendapat markah tertinggi di dalam kelasnya. Maka markah tertinggi juga yang dia dapat.

Mimi [juga bukana nama atau orang sebenar] sentiasa tersenyum agar dia mendapat ramai kawan-kawan. Maka, ramailah kawan-kawan di sisinya.

Namun, itu sahaja yang Nadia dan Mimi akan dapat. Kebahagiaan? Keamanan? Ketenangan? Kepuasan? Ya, memang dia akan merasa begitu, namun semuanya hanyalah sementara. Itupun jika dia berjaya berusaha hingga ke ahkirnya.

Cuba kalau si mimi tadi, asyik tersenyum memanjang dari pagi hingga ke malam, tapi, tiada seorang pun yang ingin membalas senyumannya..apakah yang dia dapat? Penat. Lelah, dan sakit muka, sebab senyuman itu satu jenis senaman muka yang efektif.

Akhirnya, mimi akan berputus asa. Kerana apa yang diharapkan tidak menjadi pula. Masa yang dia gunakan untuk bersenyum? Sia-sia. Hanya duka yang menemaninya.

What if we tried it with a different objective?

Si Nadia membaca buku kerana ingin menuntut ilmu, kerana ia adalah salah satu suruhan Allah yang pertama dan utama. Sambil itu, dia mengharap agar dia mendapat keputusan yang cemerlang, jika benar tidak, dia pasti Allah lebih mengetahui kepentingannya, dan keperluannya.

The outcome from this? Ada dua, bagus dan tidak bagus, apa-apa pun outcome, Nadia pasti redha kerana ia adalah pemberian Allah, dan Allah lebih tahu yang mana lebih sesuai untuk kita. Ah, maybe my examples are very vague, but that is all i can come up for now.

Sebenarnya, point yang cuba nak disampaikan, niat di hati kita adalah rahsia antara kita dengan Allah. Sama juga dengan doa-doa kita, hanya Allah yang tahu. Jadi, renungkan, kita sebagai hamba, dan Allah sebagai Tuan kita, namun Dia lebih memahami kita. Hoho, saya semacam sudah mula merepek. Itulah yang terjadi kalau asyik pending untuk habiskan sesuatu itu.

Hubungan kita sebagai hambaNya dengan Allah sebagai pemilik jasad dan nyawa kita, adalah lebih kompleks dari hubungan kita dengan ibu dan bapa kita, hubungan kita dengan sahabat kita, ataupun hubungan yang paling popular sekarang, hubungan pakwe dan makwe..huhu. Kerana Allah lebih mengenali kita berbanding kita mengenali diri kita sendiri.

OKlah, saya rasa saya dah mula merepek. Please, i hope adalah sikit-sikit point yang saudara atau saudari boleh dapat. InsyaAllah, kalau tidak, bacalah lagi, hehe...

Peace!

Ps: hubungan sulit bersama...jeng jeng jeng!

Friday, October 9, 2009

berfikir

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, kebelakangan ini telah disibukkan dengan kerja-kerja yang insyaAllah untuk meraih keredhaan Allah. Alhamdulillah juga, jarang timbul masalah yang susah untuk diselesaikan. Alhamdulillah, kerja-kerja minggu ini hampir selesai.

Sudah lama tidakku menulis. Rindu juga untuk berfikir sedalam-dalamnya untuk menghasilkan sebuah penulisan. Bagi diri ini, tidak mahulah menulis mengikut perasaan, tidak mahu juga menulis untuk kepentingan, menulis sekadar ingin berkongsi, belajar dan muhasabah kembali setiap apa yang timbul di fikiran.

Namun, kebuntuan yang melanda diri ini, tidak ku tahu bagaimana untuk men-nyahkan ia. Lama juga. Tidak tahu juga dari mana datang buntu ini, kenapa buntu ini melewati diri dan bilakah ia akan pergi. Hanya mampu berdoa. Hanya mampu mengharap.

Mungkin kerana berasa segan?

Mungkin takut?

Ya Allah, terangilah hati ini, segarkan kembali akal ini, agar dapatku berfikir dengan lebih jelas, agar dapatku terus menyumbang, agar aku lebih berusaha, untuk mengejar keredhaan mu yang SUPER MAHAL itu.

Semoga setiap langkah ku, dan langkah mu jua, beserta dengan niat, khas, hanya untukNya...

Friday, October 2, 2009

gambar..siri1

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dah dapat merasa nak pegang camera. Dah pegang dah. Terima kasih ayahku. Semoga berjaya mem'purchase' canon 50d itu babah....

Ini beberapa cubaan menangkap gambar...
saya budak baru belajar...


Ps...susah benar nak upload gambar dalam blog ek? sape ada pendapat? pls sharing..

Tuesday, September 29, 2009

menulis

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah sekian lama blog ini tidak diupdate. Kenapa? Bukanlah kerana writer's block, bukan juga kerana ketandusan idea [ada lah sikit-sikit], tetapi kerana takut. Takut apa yang ditulis melukakan hati orang lain.

Takut melukakan hati.
Takut mengajar orang benda yang sesat.
Takut mencalarkan nama baik apa-apa sahaja yang berkaitan.

Masih kecil bertatih di dalam bidang penulisan, ilmu pun tak cukup, sikit sahaja, malas pula tu nak pergi belajar. Pada pemikiran, I am not the right person to do this.

Jika benar begitu, kenapa menulis?
Jika benar begitu, why bother?
Jika benar begitu, kenapa setiap hari membuka blog ini untuk menulis?

Sudah banyak post yang telah saya cuba karangkan, and it is always halfway done, sebab in the middle, mesti selalu terfikir, ish, kalo tulis macam ni mesti orang cakap, budak ni tak betul la, asyik ikut otak dia sahaja, fikir logik sahaja.

Sekarang ini, apa yang saya pentingkan?

Persepsi manusia.
Perception.

Yup, manusia telah dianugerahkan dengan kebolehan untuk berfikir apa sahaja yang dia mahu, dan pastinya, setiap dari kita ingin menjadi BETUL. Bagus juga itu, kerana kita pasti tidak mahu berfikir dengan SALAH. But, apakah kayu pengukur, what is the borders, between RIGHT and WRONG? Dari mana kita mendapat kepastian untuk menyatakan...yalah, betul la tu... ataupun...ish, salah ni...?

Perception kita. Yang telah di doktrin ke dalam otak kita sejak kita kecil lagi, tidak kisahlah ia daripada buku, ibu bapa, kawan-kawan, televisyen, dan sebagainya. Dari situlah kita akan berkata, dengan pastinya...haah...that's right...no, that's wrong!

Tiada salah untuk berpersepsi.
Tidak benar juga untuk berpersepsi.

Manusia itu instinctnya sangat bergantung pada matanya. Hence the phrase :

What you see is what you get.

Tiada kena mengena dengan topik kita. Tetapi, pastinya, setiap kali kita melihat sesuatu pada pertama kali, pasti akan terdetik pada hati kenyataan-kenyataan yang belum tentu betul, belum tentu salah. Our first perception has been done. Dan...

manusia itu sentiasa berpegang pada persepsinya yang pertama tadi, biar ia benar atau salah.

Kenapa? Takut untuk dikatakan...kau salah!
Lihat, saya baru sahaka memadamkan beberapa ayat tadi, kerana takut, takut ia akan dipertikaikan. Kerna persepsi saya, apabila kita bersalah, kita ini sangat jahat, full stop.

By the word full stop, or period, nothing can change it [for now, maybe]. Or even if it changes, it is only for a while. Sebab hati dan otak saya akan sentiasa kembali kepada konklusi berwarna merah tadi.

Full stop, period. Susah untuk dirubah.

Namun, saya sentiasa berfikir kembali, kenapa tidak boleh salah?
Why can't i be wrong, when being wrong helps me understand what is right?

Kerana telah ditetapkan sebegitu oleh manusia, bukan Tuhan.
Apabila kita salah, masalah pasti akan datang.
Apabila salah, kerja-kerja tidak kan menjadi.
Jadi, kita tidak boleh salah?

Isk, my words have become contradictory.
I'll leave at here. For now, insyaAllah

Wednesday, September 9, 2009

Post kali ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur diucapkan kerana masih berkesempatan untuk menghirup udara pemberiannya di bulan yang mulia ini. Sudah hari ke berapa kita berpuasa? Mari kita renungkan sejenak apa yang telah kita rebutkan selama ini.

Ah, post ini dah tergendala selama beberapa hari, atau minggu. Entahlah, semangat hilang? Confidence hilang? Idea terbang? InsyaAllah, hari ini berusaha juga untuk menghabiskannya.

Sebenarnya, saya nak tulis pasal gempa bumi haritu di Jawa Barat. Adalah, dekat juga dengan tempat saya belajar. Masa tu tengah tutorial, case Burn Injury. Doctor bagi break kejap, Doctor Jimi.[betul kot ejaan]. Dalam kelas masa tu, adalah dalam 9 orang. Tengah berehat-rehat, ada yang duduk membaca, ada yang termenung entah ke mana[saya lah tu], ada yang tengah kira-kira buku dalam rak buku [tanggungjawab].

Tengah-tengah merewang-rewang di atas awan, tiba-tiba rasa lantai di bawah kaki bergoyang. Mula-mula goyang sikit je. Kelas yang senyap tadi, menjadi lebih senyap. Semua saling berpandangan. Mula-mula fikir, biasalah, bangunan memang akan bergoyang, macam kat shopping mall, rasa gegaran lantai. Contoh macam mid valley ke. Pernah terasa lantai bergoyang kat Mid valley, ataupun KLCC? Hah, macam tu lah.

Suddenly, shaking tu jadi lebih kuat. Kerusi, meja, rak buku, semua bergoyang, side to side lah, not up and down [sebab ada pakcik ni cakap, kalau gegaran yang up and down tu yang bahaya]. Anyway, sambung balik cerita, semua orang jadi cemas. Yang tertidur tadi, terus terbangun, kawan yang tengah kira-kira buku pula, pandang je rak buku tu, saya pun pandang je rak buku tu. Kenapa dia bergoyang macam tu ek?

First thing yang came to my mind, bangunan ni nak roboh lah! Dengar betul-betul, kelas sebelah yang tadi bising, dah jadi senyap. Sudah. Kitorang pun terus lah bangun. In the midst of trying to save our skin, teringat, purse, identification, semua dalam bag. Capai beg, nak ambil purse, dalam cemas-cemas tu, i just grabbed my whole bag [lagi-lagi bag baru, parents bagi birthday present]and we ran. Keluar je pintu tutor [tak keluar bangunan lagi], gegaran tu dah berhenti. Tapi, still rasa nak keluar, takut something wrong dengan bangunan tu ke.

In the end, we went back into our class. After 30 minutes, tiba-tiba, elektrik takde. Lampu semua terpadam. Kitorang pun packing la, takut betul-betul bangunan something wrong, time tu la Doctor masuk, dia cakap, 'teruskan kelas'. Kitorang pun duduk balik. Tak sampai 1 hour, kitorang keluar balik, masing-masing blur, entah apa yang kitorang bincang tadi.

Subhanallah, itulah perkataan pertama yang harus saya ucapkan sebenarnya. Tidak pernah merasakan gempa, Malaysia, macam tidak pernah gempa. But, Allah gave me the oppurtunity to feel, and empathize with these people who had always faced this natural disaster. Tidak mampu ku gambarkan perasaan dan keadaan yang berlaku hari itu. Kalaulah saya berfikir dengan lebih terbuka, saya akan memvideokan segala-galanya.

Secondly, ASTAGHFIRULLAH. Beristighfarlah, dan bertaubatlah wahai manusia, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Masakan tidak, apa yang terlintas di fikiran adalah : Selamatkan diri, selamatkan diri, selamatkan barang-barang! Apakah, itulah dia, cintakan dunia, takutkan kematian. Ya, saya akui, setiap kali saya terfikir tentang kematian, bergetar diri ini, meremang bulu roma, kerana takut. Takut kerana kubur itu gelap, dan sempit dan berseorangan. Dan, amalan diri ini TIDAK CUKUP untuk meraih keredhaanNya. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Terus-terang saya katakan, telah lama hati ini tidak bereaksi ketika disebut 'Allah'. Astaghfirullah, ampunilah hambaMu ini, ya Allah....Astaghfirullah.

Terakhir sekali [banyak lagi sebenarnya], terfikir, termenung dan terdiam. Getaran bumi di rasakan ketika...bulan Ramadhan. Ya Allah, apakah itu amaran? Bulan suci, bulan penuh keberkahan. Datangnya gempa, di bulan Ramadhan? Saya tidak pasti jika anda dapat merasakan sesuatu, namun saya dapat merasakan something signifikan, something important yang termiss, oleh diri ini yang sangat suka alpa dan lalai.

Peringatan dari Allah kepada hambaNya, siapakah sebenarnya pemilik bebola biru hijau ini.

Peringatan buat hamba-hambaNya yang semakin leka, realiti kehidupan, tujuan diciptakan.

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya, engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung. ~ Al-Isra' [17] : 37"

"Maka apakah kamu merasa aman bahawa Dia tidak akan membenamkan sebahagian daratan bersama kamu atau Dia meniupkan (angin yang keras) batu-batu kecil? Dan kamu tidak akan mendapat seorang pelindung pun, ~Al-Isra'[17] : 68"

And, if you really read the Quran, you'll notice that Allah usually sent earthquakes, to destroy those who disobey the teachings taught through His messengers. Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Let's be ready for this next earthquake...

"Dengan nama Allah Yang Maha pengasih, Maha Penyayang.

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat.

dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat [yang dikandung]nya.

dan manusia bertanya "Apa yang terjadi pada bumi ini?"

Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya.

Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk di perlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya.

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

Az-Zilzal[99] : 1-8"

Peace!