Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, masih hidup, masih beriman (insyaAllah) dan masih mampu untuk menulis. Mungkin artikel-artikel yang terbaru, tidak begitu berguna, tidak mengapa, hanya selingan untuk diri sendiri. Jadi, artikel kali ini, berkisar tentang kejadian hari ini yang penuh dengan ibroh...
Hari ini 23 Disember 2008, 25 haribulan Zulhijjah 1429H, hari selasa. Kami telah dijadualkan untuk melawat hospital Hassan Sadikin di Bandung, bahagian forensik, sebagai aktiviti extramural kami. Berlainan dengan sebelum ini, kami tidak disediakan pengangkutan khas. Maka dengan itu, bas menjadi pilihan hati.
Bertolak dari rumah ke stesen bas pada jam 6 pagi. Alhamdulillah, sampai awal, namun ahli tutor yang selebihnya masih tidak kelihatan. Tidak mengapa, sanggup ditunggu. Setibanya ahli-ahli yang lain, bas sudah bertolak, untuk menunggu bas yang seterusnya, alamatnya telatlah kami. Jadi, keputusannya adalah dengan menyewa angkot (Angkotan kota : van-like mini bus). Setelah negotiate harga untuk men-charter angkot, kami pun bertolak sebanyak 3 angkot.
Setakat ini, Alhamdulillah, tiada kesulitan, dan kami memilih option untuk menggunakan jalan tol. Setibanya ke gerbang tol yang sepatutnya diambil, angkot kami meneruskan perjalanan, maka terlepaslah tolnya. Kami sangka, pemandunya sengaja, mungkin ada jalan pintas, jadi tidak mengapa, masih sempat kalau ada jalan pintas. Namun sangkaan kami meleset, rupanya, pemandu terlepas tol, dan jalannya menjadi lebih panjang. Teman-teman seangkot sudah mula tidak senang, kadang-kadang marah kepada pak supir. Saya hanya mampu tersenyum dan mndiamkan diri. Kelas bermula jam 8 pagi, dan kami tiba di tempat kuliah jam 9 pagi. Ah, satu pengalaman yang tidak pernah dirasakan. Saya tetap bersyukur kerana masih mampu tiba dan mengikuti lawatan seterusnya. Saya juga gembira kerana walaupun tersesat dan terlambat, saya dapat melihat tempat-tempat yang tidak mungkin akan saya jejakkan kaki.
We were assigned to tour the forensic department. Oo, berdebar juga saya masuk ke bilik autopsi. Walaupun begitu, perlu memberanikan diri juga. Setelah mendengar sedikit taklimat dari Doktor yang bertugas (sebab datang lambat, huhu), kami dibawa ke bilik autopsi. Di dalam bilik yang cerah itu terdapat 5 meja bedah yang dalam pendapat saya tidaklah begitu bersih. Kawan saya memberitahu saya di dalam sebuah sinki yang dipenuhi air terdapat seekor ikan yang masih hidup! Di atas salah satu meja itu terdapat satu mayat yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Doktor bertugas menyatakan bahawa mayat tersebut telah berusia 3 bulan. Sebab kematian : Kelaparan. Sudah 3 bulan disimpan di dalam freezer, dan tidak dituntut. Di bilik sebelah di mana terdapatnya sebuah freezer, yang hanya ada 4 pintu. Apabila pintu freezer dibuka, terdapat beberapa mayat lagi yang tidak dituntut.
Kematian. The non-avoidable fate. Semua yang hidup, pasti akan mati, semua yang mati akan dihidupkan kembali. Dihidupkan kembali? Satu hari nanti. Janji Allah pasti akan dilaksanakan. Apabila melihat mayat yang ada di depan mata, terdetik di hati rasa ketakutan. Melihat kehidupan hingga kini, hanya penuh dengan hiburan semata. Mencari ketenangan hakiki, sekali sekala. Tidak sepenuh masa. Aish, manusia, manusia... selalu leka dan alpa. Saya tidak tahu perasaan orang lain ketika berdiri di sebelah mayat tersebut. Fikiran saya berserabut jugalah pada detik itu.
What i was thinking: Manusia ini sebelumnya masih hidup, masih bernafas, masih berfikir, darahnya masih berjalan, tetapi adakah masih beriman? Adakah hatinya sentiasa beristighfar, adakah dirinya sentiasa tunduk kepada suruhan Allah? Kini waktunya telah tiada, rohnya telah selamat meninggalkan jasadnya. Bagaimana pula aku? Aku masih bernafas, aku masih berfikir, darahku masih berjalan, aku masih mampu bergerak, tetapi adakah hatiku telas sepenuhnya ku serahkan kepada Allah yang Esa? Adakah sujudku benar-benar beerti penyerahan ku secara total? Monolog sendirian memenuhi ruang otakku yang kecil ini. Felt like crying, right there, on the spot. Ku tahan seboleh-bolehnya.
Satu lagi persoalan yang berlegar di fikiran, kejadian selepas kematian. Mayat-mayat yang kami lihat ini tidak dituntut oleh sesiapa, dan tidak juga dikenali. Seperti orang yang tidak bersaudara, tidak berteman. Oh, kesian juga saya lihat. Sudah berbulan bergelar almarhum, tetapi masih tidak dituntut, tidak berpunya. Hanya terbiar di dalam freezer. Another thought strike my mind. Owh, how i hope i will never end up like that. Semoga mayat-mayat tersebut cepat-cepat dituntut dan cepat-cepat dikebumikan.
Alhamdulillah, lawatan sudah berakhir. Tiba-tiba saya terasa seperti ingin pergi melawat kakak saya yang mungkin sedang bertugas di hospital ini. Saya mencari dompet saya yang terisi dengan handphone saya. Setelah mencari-cari, saya gagal untuk menjumpai dompet saya. The feeling of panic feels my chest. I searched again and again, but to no avail. I retraced my steps, but still no purse. Ah, the feeling of despair...I end up in the guard's office, processing my report. Weird enough, i didn't feel like crying, until someone really asked what happened caringly.
Tetapi saya akui, ia adalah kesalahan saya. Saya tidak menjaga dompet saya seeloknya. Hmm, tetapi saya tetap bersyukur, kerana saya masih lagi berfikiran waras dan tidak menyalahkan sesiapa, especially tidak menyalahkan Allah. Oh, betapa saya risau... Saya masih mampu untuk tersenyum dan beristighfar di dalam keadaan begini. Cuma, ketiadaan wang untuk membayar tambang pulang...a complication indeed!
Akhirnya saya pulang, setelah teman-teman meminjamkan wang. Terima kasih kepada Husna, Alyaa, Sopie dan AJ, terima kasih jugak kepada teman-teman rumah saya, kepada Jaja dan Nadiah dan Chin, kepada rumah no 17, for your concern and your help. I am VERY LUCKY to have you guys as my friends. Love you guys so much! Ah, pertolongan Allah sentiasa ada, di dalam pelbagai bentuk yang tidak terjangka...
Setelah 3 hari mencuba untuk menulis, akhirnya saya habis juga post hari ini, alhamdulillah...