Bismillahirrahmanirrahim.
Mereka duduk di dalam keadaan yang senyap dan sunyi. Jam menunjukkan pukul 11 tepat. Tiba-iba Yusuf teringat sesuatu, dan mukanya mula menunjukkan riak kerisauan. Dia mula tampak gelisah. Hidayah terpinga-pinga melihat gelagat Yusuf, seperti seseorang yang ketinggalan appointment yang paling penting di dalam hidupnya.
"Kenapa? Ada masalah ke?" Hidayah bertanya. Pelik dengan keadaan. Adakah Yusuf lupa untuk membawa wangnya? Jika benar, tidak mengapa, kerana dia mampu dan teringin untuk belanja Yusuf. Jika Yusuf tiba-tiba tidak sihat, mereka harus segera ke klinik. Jadi apa yang mengganggu fikiran Yusuf?
"Saya minta maaf Hidayah. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya masih baru di dalam Islam, jadi saya terlupa nasihat pertama yang Hafiz berikan, iaitu lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tidak boleh berjumpa tanpa sebab yang kukuh. Maafkan saya, saya rasa pertemuan kita sehingga di sini sahaja. Saya teringat mahu membawa adik saya, tetapi saya terlupa. Jika kamu ada apa-apa masalah saya syorkan awak contact number ni. Ini nombor syahira. Maaf sekali lagi."Yusuf terus bangun, membayar harga makanan untuk dua orang dan terus melangkah keluar dari restoran itu. Hidayah terkesima sebentar.
What just happened? He left, without even looking back, not even a glance! Dan aku...masih....banyak yang inginku bertanya. Hidayah masih memegang kad yang bertulis, Syahira binti Nordin, Orthodontist. Hidayah membaca kad tersebut, tiada kata yang mampu diucapkan. Malam itu dia pulang, tidak seperti biasanya, pasti akan bising menelepon teman-temannya, memberi berita tergempar berkisar akan datenya pada malam itu. Malam itu dia senyap, penuh dengan tanda tanya. Dia mengangkat handphonenya dan mendail nombor. Selepas deringan ketiga, satu suara kedengaran menjawab, 'Assalamualaikum...'
Pergilah, Asal Bukan di Sini
20 hours ago





0 comments:
Post a Comment