Bismillahirrahmanirrahim.
******************************************************************************
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh," Hidayah tersenyum mendengar suara yang didengari beberapa tahun yang lalu melalui corong telefon. Tenang dia melihat kelibat seorang teman yang lama telah menapak dihatinya. Insan yang membawa perubahan, menerbitkan rasa ingin tahunya, dan menolongnya kembali semula.
"Shahira! Waalaikumussalam. Sudah lama kita tidak bertemu. How are you, sis?" Hidayah senang menyambut tangan Shahira sambil memeluk erat. Betapa rindunya dia kepada Shahira, tiada yang mampu menggambarkan, hanya Allah yang tahu. Hidayah telah melanjutkan pelajarannya ke UIA, demi memantapkan lagi ilmunya di dalam bidang syariah dan juga bidang perundangan barat. Kini telah tiba waktu cuti, walaupun tidak senang, tidak disangkanya pula Shahira datang menjenguk.
" Alhamdulillah. What about you? Tengah buat apa sebenarnya? Berangan ke? Tersipu-sipu seorang diri dari tadi," tanya Shahira sambil mengambil tempat di sebelah Hidayah. Rindu juga Shahira kepada Hidayah, setelah beberapa tahun berkenalan dengan Hidayah. Banyak juga pertolongan yang dia dapat dalam usahanya membuka klinik gigi yang lebih besar dan dalam penyediaan programnya 'Kesehatan Gigi untuk semua!', satu program kebajikan yang insyaAllah akan dilaksanakan dalam sebulan dua ini.
"Alhamdulillah juga. Wah, berseri-seri i tengok you ni. Mana tidaknya, tidak lama lagi dapatlah merasa nasi minyak khas! Tak buat apa-apa pun, tengah kemas barang, tiba-tiba terjumpa kad nama ni. Masih elok lagi, Alhamdulillah." tersengih Hidayah sambil menunjukkan kad nama Shahira yang mana tulisannya semakin pudar. Shahira mengambil kad nama itu, sambil tersenyum sayu mengenang kembali kisah lama. Hidayah turut bersedih melihat kad nama yang menjadi titik permulaan perjalanan anehnya, perjalanan kepada pencerahan.
" Sudah lama bukan, kita berkumpul? Adakah dia masih berada di sekitar sini? Apakata kita buat reunion nak? Bukan selalu dapat cuti," cadang Hidayah, ingin menceriakan suasana. Dia mengambil kad nama itu dan menyimpannya di dalam kotak khas yang dibelinya di Jepun. Dia menjemput Shahira untuk menjamah sedikit cucur yang disediakan oleh ibunya yang semakin hari semakin gembira melihat perubahan pada diri anaknya.
"Mari kita buat reunion sementara di masjid berdekatan rumah saya. Nanti saya contact mereka ya? Kamu bersiaplah, kita pergi bersama-sama," jelas Shahira sambil menghirup air teh manis panas. Segar rasanya! Hidayah pun bersiap dan mereka pun menuju ke masjid menaiki kereta kancil milik Shahira. Hidayah kagum dengannya, walaupun seorang pakar orthodontist, tetapi masih bersikap sederhana, dan pada umur yang muda pula!
Azan Asar berkumandang. Mereka menunaikan solat bersama jemaah yang berada di masjid. Setelah itu, mereka berdua menuju keluar, menuju ke arah seorang muslimah yang sedang duduk bersendirian.
"Assalamualaikum Fatin!" Hidayah bersalaman dengannya. Fatin, adik kepada Yusuf, sedang menuntut di sebuah universiti berdekatan, demi menjaga ibu bapanya. Mereka bersalam-salaman dan duduk di kawasan luar masjid untuk menunggu kedatangan yang lainnya. Kemudian terlihat kelibat Hafiz dari depan masjid.
"Alhamdulillah, kita semua telah berkumpul. Marilah kita bersama-sama berdoa agar majlis ini akan dirahmati Allah,"Hafiz bersuara mengetuai majlis. Sudah lama mereka tidak bersama-sama memberi tazkirah dan peringatan.
"Tarikh hari ini akan sentiasa kita ingati, sebagai tarikh kembalinya Yusuf kepada Tuannya yang sebenar," Fatin berbicara, memberi peringatan kepada yang lain tentang abangnya yang telah pergi meninggalkan mereka semua. Hidayah terkenang kembali kisah pemergian Yusuf. Yusuf membawa kereta di waktu malam, dalam perjalanan untuk ke kuliah agama, namun begitu, atas kesilapan diri, dia tidak sedar akan kehadiran lori di simpang empat. Maka dengan itu, berlakulah satu pelanggaran yang sangat dahsyat. Yusuf segera kembali ke rahmatullah di tempat kejadian. Terjatuh satu butir air mata dari kelopak mata Hidayah.
"Semoga Allah merahmatinya di alam barzakh," balas Hidayah, dengan rasa syukur yang amat kepada Allah swt kerana memberinya peluang untuk berjumpa dengan seorang hambanya yang hebat mencari kebenaran. Hidayah juga berasa syukur dengan kesedaran yang Allah berikan kepadanya melalui Yusuf.
Ketahuilah wahai Yusuf, aku sudah boleh menjawab persoalan yang ku ajukan kepadamu. Ketahuilah juga bahawa adikmu kini akan sentiasa terjaga baik oleh Hafiz, seperti yang engkau selalu doakan agar adikmu akan dijaga oleh seorang yang soleh dan lembut. Terima kasih Yusuf, kerana engkau telah tunjukkan kepadamu, tiada yang lebih manis daripada iman yang sebenar, dan tiada yang lebih indah dari hidayah yang dicari. Hidayah tersenyum di dalam tangisnya.
The end. Alhamdulillah. Terima kasih semua atas sokongan anda.
Pergilah, Asal Bukan di Sini
20 hours ago





0 comments:
Post a Comment