Bismillahirrahmanirrahim.
Duduk dia berseorangan di situ. Mukanya sugul, kelihatan seperti dia kecewa dengan sesuatu. Lama dia melihat kelibat-kelibat manusia yang lalu lalang. Berlalu mereka tanpa menghiraukan dia. Sibuk mereka dengan urusan dunia yang tidak kan pernah habis, hanya jika mereka tahu keadaan sebenarnya.
Hatinya berbisik, pergilah kamu dari situ! Jangan berlengah lagi! Tetapi dia berdiam sahaja di situ. Masih memerhatikan orang-orang yang terikat dengan dunia. Otaknya ligat berfikir, sel-sel neuronnya aktif bekerja. Mukanya mula berkerut.
Allahu akbar Allahu Akbar! Allaaaahu akbar Allaaaahu Akbar!......
Tersentak dia mendengar azan berkumandang. Dia menghayati bunyi yang baginya sangat menenangkan itu. Sambil itu dia melihat, insan-insan di depannya seperti tidak mendengar azan yang didengarinya itu, tidak menghiraukan langsung maksud laungan-laungan itu. Matanya mula menitiskan air mata. Kenapakah begini?
Tiba-tiba kelihatan seorang jejaka yang bert-shirt dan berseluar jeans lalu di depannya. Hatinya tergerak untuk melihat ke manakah jejaka ini ingin pergi. Matanya yang berair itu mengekori kelibat lelaki tersebut. Sekali lagi dia tersentak. Jejaka tersebut menuju terus ke masjid yang berdekatan yang mengumandangkan azan tersebut. Sekali lagi berjujuran air matanya.
Mulutnya tutup, buka, tutup, buka, seperti ingin berkata sesuatu. Dia mula mengalihkan badannya dan menuju ke masjid tersebut. Dia melangkah, ingin masuk.
"Woi!" satu jeritan kedengaran dari belakangnya....
Pergilah, Asal Bukan di Sini
20 hours ago





2 comments:
assalamualaikum..kte suke bace cerpen2 fana...so beautiful..samb lg ek..nk bace...huhu
terima kasih anonymous, insyaAllah...buat masa ni tgh nak exam, doakan kami berjihad di sini!
Post a Comment