Sunday, December 12, 2010

realization

Bismillahirrahmanirahim.

I've just realized something. I've been using a mixed of british and american english all this while! Sejak spelling bee haritu. Huhu, i'm not really proud of myself. It has been such a long time, i don't know, jurassic period maybe?, since i've read an english book. And then, to suddenly enter a spelling bee contest? Kill me!

Hoho.

Right now, i need inspiration.

I hate this feeling. Loneliness. Sadness. I guess i'm a dark person.

Owh Allah, help me. I'm in need. I know You set this challenge for me. But i need guidance from You, to overcome this.

Owh Allah, i know that everything You Do comes out from Love, because You are the Most Merciful, Most Beneficient. But why do i feel so weird?

Oh Allah...guide me to love You more than anything else, for i am just a servant, a lowly soul of ignorance.

I need love.
Tsk.

Tuesday, December 7, 2010

cool!

Bismillahirrahmanirrahim

Saya nak jadi orang yang cool!! Hehehe...

So, orang cool to macam mana ya?

Adakah orang yang memakai spek mata hitam R**B** ke mana-mana?
Adakah orang yang tidak kisah akan segala-galanya? Ataupun mengetahui segala-galanya?
Adakah dia seorang yang populer?

Bukan senang nak jadi cool bro! Banyak kena buat! Yang penting, imej! Gaya mesti ada! Haha..

Macam pelik lak cakap macam tu, tetapi ketahuilah, saya suka cakap macam tu kadang-kadang..peace!

Berbagai kerenah orang cool. Tetapi bagi saya, orang cool adalah orang yang mempunyai personaliti tersendiri, mempunyai keyakinan yang tinggi, tidak sombong, merendah diri, peramah dan macam-macam lah.

Dan yang penting sekali..

orang yang cool adalah orang yang sangat memahami keyakinannya sebagai seorang islam, dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.

Tak kisahlah dia dress ikut fashion ke tak, kalau ye pon itu adalah plus point. Dia itu kemas atau tidak, kaya ke tak, semua tu adalah plus point. Yang penting, kat atas tu ha...

Jadi saya ingin menjadi orang yang cool...di sisi islam..insyaAllah.

Selamat tahun baru!

Psst: ciri-ciri kat atas tu...mcm aku describe ciri-ciri calon suami je..haha! controversy! [sila jangan fikir ke situ!] =P

Monday, December 6, 2010

light and easy

Bismillahirahmanirrahim.

Ah, i just remembered a fact about my family.

Keluargaku sangat suka mendengar lagu. Bangun pagi-pagi, lepas solat subuh, buka radio. Kalau dulu-dulu, rajin juga mak dan babah buka radio melayu. Teringat satu pagi, mak dan babah tergelak-gelak dengar satu siaran pasal teksi. Babah tidak habis-habis sebut, "terkejor-kejor...terkejor-kejor!" Mak gelak je.

Mak dulu suka dengar lagu eric clapton. Sekarang mak sangat suka dengar anuar zain. Hehe, tak tahulah kenaa. Babah? Babah suka semua. Metallica ada, ochestra ada. Semua ada. Beatles. Muzik sepanjang zaman! Anak dia yang seorang ini pun suka dengar. Masa babah pergi kerja, sorok-sorok pasang CD, dengar. hehe!

Kalau radio sekarang lain sikit. Sebelum ini, diorang suka buka light and easy. Semua lagu-lagu yang evergreen gitu. Memang light and easy lah. Babah lah paling suka. Kalau pagi-pagi tu, masa siap-siap pakai baju, mesti babah akan nyanyi-nyanyi. Nasib baik sedap. hehe, peace!

Kalau dalam kereta. Kadang-kadang pasal radio tu, tapi kadang-kadang terpaksa kalah dengan anak-anak, pasang lah radio yang anak-anak minta. Hitz.fm, red.fm. Ah, macam-macam lah. Mostly my adik yang bertangan panjang yang akan memusing punat radio tu. Tapi kalau balik kampung, kan perjalanan lama, babah akan pasang cd. Mot of the time CD yang rock2, ataupun CD yang lagu rancak-rancak. Yela, taku tertidur dalam perjalanan.

Tetapi, sebelum kewujudan CD, pernah nampak babah ada kaset Al-Quran. complete set! But antara radio melayu and radio light and easy dan radio lain, mak dan babah pasti akan pasang radio yang memberi ceramah, macam ikim.fm ke dan yang seangkatan dengannya. Mencari halwa jiwa. Pasti. Dan saya juga akan turut mendengarnya.

Kalau ikim.fm, mak cakap, mungkinlah, dalam pendapat saya, banyak nasyid yang genre dia lain. Macam mana nak cakap ye? Mak dah kurang tertarik nak dengar radio ikim. tak tahulah. Pernah juga pasang playist nasyid kat laptop, mak cakap mak suka juga dengar nasyid. Macam rabbani dan raihan. Tetapi mak kurang suka dengar lagu sangat. Dia lebih suka buat kerja macam tu je. Generasi sekarang je kalau buat kerja kena ada lagu atau apa sahajalah. Multi tasking?

Kalau kamu macam mana? radio apa yang kamu suka dengar? Keluarga kamu? Ada tak radio yang satu family suka dengar?

just a little scratch about my family. missed them.

Thursday, December 2, 2010

tumblr

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang semua orang ada tumblr...kind of like a blog, but short and sweet i guess. Hm, takpela, blog ni pon tak terjaga. I'll stick to this i guess, ye la, ada mimpi nak jadi penulis kan? Haha, sekarang ni pun dah jadi penulis dah, tapi buku yang tak best sket la, buku ilmiah. It's okay, learn from the experience then.

Hari ini saya ditegur!!!

Hua hua hua, tak sangka betul, saya ni sangat berterus-terang ye? terima kasih yang menegur. Memang sedang nak perbaiki cara bercakap, tapi susah kan? dah cakap banyak-banyak, baru tersedar yang cara bercakap tu buruk gila. Lepas itu, senyap je, haha!

Dan nak minta maaf juga tadi sebenarnya, kalau segala percakapan saya menyebabkan orang terasa. InsyaAllah, saya berusaha untuk kurangkan bercakap. Huhu. susah! Minta tolong juga kot, kalau rasa macam dah terlebih cakap atau laser gila, tolong lah tegur okay? Kadang-kadang tu memang tak sedar. huhu..

Dulu memang tak reti nak cakap. Serious. Tak cakap sangat dengan orang. Lagi suka dengar orang cakap. Tetapi!!!! Huhu, susah gak nak mewujudkan hubungan dengan orang apabila kita senyap sahaja. So, kena belajar cakap juga.

Aduh...

Kan ada orang cakap, lebih baik diam dari berbicara!

Kerana manusia ini makhluk yang sosial, diam itu perlu, bercakap juga perlu.

Huhu...marilah bersama belajar untuk bercakap dengan lebih berhemah. Contohnya?

Marilah kita mencari kebaikan orang, bukan keburukan orang.
Jom kita kurangkan mengumpat! [huaaaaaa~!]
Cuba untuk bercakap apabila perlu.

Mungkin semua itu kelihatan macam kurang menarikkan? Tetapi, konsep menarik itu subjektif. Apakah kita mahu menarik yang sementara, atau menarik yang hakiki?

Pssst, sekarang ni banyak post pasal bercakap kan? Sebab itulah ada peribahasa, kerana lidah, badan binasa...[eh, salah ek? haha, saya BM masa spm A2 je...terukkan?]

So again...nak minta maaf kalo perkataanku ini sentiasa mengguris hati. InsyaAllah, saya akan cuba control. Tegurlah saya ye! Mungkin masa awak tegur itu, saya akan masam, diam dan segalanya, kerana teguran itu pahit. Macam ubat! Nak makan punyalah susah, tetapi akhirnya akan menjadi lebih baik.

Assalamualaikum! And selamat sejahtera...