Sunday, February 27, 2011

manusia hebat

Bismillahirrahmanirrahim

Sape kat sini pernah rasa dia hebat? Hehe, dengan malunya saya mengaku saya pernah rasa hebat! Bila tu? Masa saya main dengan kanak-kanak. Main apa? Jadi sailormoon la, jadi ultraman pun ada. Hehe...
Kecik-kecil dulu, memang rasa diorang ni hebat. Setiap kali pasti dapat mengalahkan seteru-seteru mereka. Walaupun mungkin akan ada masa perlukan bantuan, by the end of that episode, mesti menang. yeay!


Sekarang ni?
Sape yang masih merasakan dirinya hebat?

Hm. Pastinya terkadang pernah, dan terkadang tidak.
Bagi saya, jika pernah, marilah kita beristighfar.

Bukannya apa, takut yang mana pada ketika itu, kita merasakan diri kita hebat kerana kita yang melakukan sesuatu itu tanpa bantuan sesiapa, dan kita lupa bahawa Allahlah yang membenarkan diri kita melakukan perkara itu.[ owh, kenapa ayat ini sepertinya sangat formal bunyinya!=P]

Sememangnya kita yang berusaha, namun Allah yang menyatakan kebenarannya, hanya dengan "Kun Fayakun", maka barulah ia benar-benar terjadi.

Jadi, apa definisi orang hebat?
[Ok, orang hebat tak sama ngan orang cool ok? Seperti orang macho tak sama dengan kak ije..main-main je kak! hehe!]

Apakah orang hebat itu orang yang bisa berkawan dengan semua orang?
[Eh? ayat sama macam post sebelum ni.hehe!]

In my opinion, orang yang hebat adalah orang yang pandai untuk mengatur waktu. Kerana apa? kerana Allah sendiri pernah bersumpah dengan waktu. Surah Al-Asr. Ya. Siapa tak tahu surah al-Asr?


In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

 
By (the Token of) Time (through the ages),
 Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.

  
                          
                                 -  translation by Abdullah Yusuf Ali
  [taken fromhttp://wahiduddin.net/quran/asr.htm]


Ok, siapa tahu surah Al-Asr ni ayat ke berapa? angkat tangan gaya mak limah! huhuhu..[syifaaaa!!!]
ayat ke 103 ok? So, apa ayat pertama tu? 
"Demi masa"

Kenapa Allah tekankan "masa"? Kenapa Allah bersumpah dengan masa?
Because our lives, all our lives, are influenced by time.(?)
Tengoklah, dalam hidup kita ada berapa jam? Berapa kali dalam sehari kita check jam? So, penting tak masa dalam kehidupan ni? Setiap waktu kita akan berkejaran dengan masa, betul tak? Nak kena buaat kerja, nak kena buat assignment, nak kena kemas rumah, nak masak, nak itu, nak ini.

Banyakkan kerja?

Ada tak orang cakap yang "24 jam ni tak cukup la!"

okla, da lama sangat tulis artikel ni, tak pernah nak habis, pinjam je la quote dari kawanku  Et

Every morning you are handed 24 golden hours. They are one of the few things in this world that you get free of charge. If you had all the money in the world, you couldn't buy an extra hour. What will you do with this priceless treasure?
 

0 comments: