Monday, December 5, 2011

belajar adaptasi

Bismillahirrahmanirrahim.

*ambil nafas dalam-dalam* SAYA INGIN KEMBALI!!!

ok, intermezzo sekejap. yang di atas adalah apa yang terbuku dihati. Interpretasi? Terpulang...=)

Alhamdulillah, sekarang saya sudah mulai tugas sebagai seorang calon dokter. Kalau dinilai jenis calon dokter [atau dokter muda, if you please, kitorang belum graduate, tapi dah mula act as a doctor] ada beberapa.

1. calon dokter yang enthusiastic, fantastic, bombastic! Kenapa? Bersemangat dalam segala apa yang dikerjakan, dan apa yang dikerjakan tuntas dan selesai mengikut acuannya. ehe. Sentiasa yang pertama untuk mencuba, mencari peluang dan mencuri peluang yang ada. Jenis yang mantap.

2. Calon dokter yang santai tapi bekerja keras jugaklah. Yang ni, dia takkan mencalonkan diri sendiri untuk mencuba segala apa. Dia lebih reserve, sebab takut salah. Lebih senang buat setelah melihat orang lain buat. Boleh cari sendiri, cuba sendiri, tapi itu sekali dalam beberapa kalilah. When the courage comes, i am the one, when it's not there, pleasem don't pick me. hehe.

3. Calon dokter yang super santai, tapi in the end, kerja jalan jugak. Ini, spesies yang tak dapat dikenal pasti. haha! Ada je kawan-kawan yang macam ni, tapi tak rapat sangat, so tak tanya lak apa secret dia...Tapi, God has bless you with a talent, satu kelebihan, semoga ia untuk kebenaran, bukan sebaliknya.

Dan ada beberapa jenis2 lagi. Kalau nak tahu, sila masuk bidang kedokteran ye.
So, which one am i? jeng jeng jeng. Yang ke-2 la, tengokla description mana yang lebih padat dan lengkap?

hua hua hua.

Waktu sekarang bagi saya, adalah waktu adaptasi. And it is very challenging. Macam mana nak adaptasi dari dulu yang sudah serba tersusun, sekarang ni waktu kat bilik and nak makan pun tunggang langgang. And sekrang sangatlah ternyata bahawa zaman pra-dokter ni lah yang paling memerlukan kekuatan, especially keimanan kita.

Macam mana kita nak jaga keimanan kita?

Dengan menjaga amal kita. Especially amal yaumiyah. Amalan harian. Itulah batu-bata yang membantu mengukuhkan benteng kita. Tetapi, sekarang masih lagi ada masalah dalam mengubahsuai gaya hidup dan memasukkan, metransformasikan dan menyesuaikan amalan2 dengan gaya hidup yang tidak sihat ini.

My dear seniors, ada suggestion?
For now, i am going slowly, menerap kembali apa yang telah saya terapkan dulu. Entah mengapa, hidup agak kucar dan kacir sekarang ini. Ingin melakukannya, tetapi tidak terterap-terap pula.
Doakan saya dan teman-teman lain tetap istiqamah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Dah, lepas ni malas nak tulis macam ni. Bosan.

New day, new vision, new mission, but same old target...

1 comments:

Ahmad Zulfahmi said...

In the same shoe with you..

Again and again..

Ups and downs..

But never surrender..

Me keeps telling myself..

" If today is the time for me to die, thus, I have to carve the masterpiece to Jannah NOW!"

Be strong sis..

You can do it ^^,