Saturday, December 31, 2011

selintas

Bismillahirrahmanirrahim.

A blessed jumaat, insyaAllah. Nak share my thoughts kejap. Hee, tak important.

Ayat of the day,
"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian, Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. " [17 (al-Isra') : 18]
Reviewing today and the days before. Astaghfirullah. Dalam usaha nak mengadaptasi diri, diri ini yang diadaptasi menjadi..ok cukup. Ayat kat atas ni boleh dikatakan straighforward juga. Now 1st, about the surah.
Dari tafsir fi zilal al-Quran [in the shade of Quran]. Surah Al-Isra'. Bermula dengan kisah perjalanan Rasulullah SAW pada waktu malam itu. Apa tu? Kisah isra' mi'raj. Betul! Hehe, walaupun sekarang bukan tarikhnya, tetapi implikasinya sangat banyak. Seperti di dalam tafsir fi zilal, waktu Rasulullah menceritakan perjalanannya,  salah seorang yang mendengar kisah itu mendatangi Abu Bakar. Lalu dia pon berkata,
"Hai Abu Bakar. Adakah kau mendengar kisahnya Rasulullah? Kisah nya beliau melawat jerusalam dalam masa semalam! Percayakah dikau?"
Maka Abu Bakar pon membalas,
"Pastilah itu benar, jika ia kata-kata dari Rasulullah. Masakan tidak ku percaya, beliau mengatakan beliau mendapat wahyu dari Yang Maha Esa, aku percaya kata-katanya."
Betapa teguhnya kepercayaan Abu Bakar RA. bayangkan kalau kita sendiri didatangi teman kita, lalu dia bercerita,
"Weh, si A ni citer yang dia dapat hadiah rm1 juta~!"
Percaya tak kita kepada kawan kita? Susahkan nak percaya orang sekarang ni? Mesti kena tanya kat sumber utama dulu, tak boleh nak percaya bulat-bulat. Kalau percaya terus, mesti orang akan cakap kita ni gullible atau naive. Begitulah kisah dimana Abu Bakar diberi nama julukan "yang membenarkan". 
Daripada kisah perjalanan Rasulullah SAW di waktu malam itu, Allah menceritakan sifat manusia. Manusia itu fitrahnya bersifat tergesa-gesa. Pada ayat ke-11, telah tertulis dengan terang, "...Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa."


Cuba kita lihat kembali kisah kehidupan kita sebelum ini. Menurut pengalaman saya, sebagai seorang manusia, saya akui saya memang bersikap tergesa-gesa. Terutama dalam "menjudge" orang. Astaghfirullah. Berapa kali kita "melatah" jika ada sesuatu yang berlaku ke atas kita atau keluarga kita? Berapa kali kita "tertinggikan suara" bila ada sesuatu yang tidak mengikut keinginan kita? Berapa kali kita "meluahkan perasaan" bila ada sesuatu yang mengganggu ketenangan jiwa kita? 

Tetapi akhirnya, semua perkara di atas yang berlaku ke atas kita ada sebab di belakangnya, sebab yang munasabah. Dan akhirnya ada beberapa yang terluka kerana "melatahnya" kita. Ada yang musnah akibat dari "luahan perasaan" kita.


Ayat penuh ayat 11 itu berbunyi begini :
"Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan. Dan memangmanusia itu bersifat tergesa-gesa."


Teringat berapa kali saya mendoakan kejahatan (walaupun cuma berkata-kata, tetapi perkataan itu juga merupakan dia, betul tak?). Astaghfirullah. Dan juga beberapa perkara yang dilakukan, konsekuensi nya kita tidak pernah fikir. mungkin kita akan fikir, "padan muka. memang patut pun dia kena macam itu." tetapi kita tak tahu apa dampak sebenar yang sebenar-benarnya yang berlaku. Unless, we put ourselves in that person's shoes. Yang paling baik adalah membalas kejahatan dengan kebaikan...=)

Akhirnya sampai ke ayat yang pada permulaan. Betapa Allah itu sangat adil. Dia memberi pilihan kepada kita. Bagaimanakah jalan hidup yang kita pilih? Kita nak jadi baik atau jahat? Bagaimana cara kita menjadi baik dan bagaimana kita menjadi jahat? itu semua pilihan. 

Dari bangun pagi sehingga kita tidur, itu semua pilihan kita. Sebagai manusia, apakah pilihan kita sebenarnya? Adakah hidup kita cuma untuk mengejar impian di dunia? Kalau begitu, apakah beza kita dengan binatang? 


Ayat ini sungguh menyentuh, especially time baru masuk alam perkerjaan ini. Betapa terkejutnya saya akan transisi kehidupan ini. Sampai ke tahap saya berfikir, if i survive going through the day, that is an achievement for me. Astaghfirullah. Impian saya untuk ke arah dunia kemudian, ke mana kah? 


Saya tidak mahu menjadi seperti di ayat ke-18 surah al-Isra' ini!


Mari muhasabah kembali. InsyaAllah...

0 comments: